Wednesday, 13 December 2017

TARIKH DAN MASA YANG SESUAI BERBEKAM

Peredaran alam cekerawala, perjalanan matahari dan bulan serta pusingan bumi mempunyai hubungan rapat dengan manusia. Psikologi manusia beubah-ubah dari awal bulan, pertengahan bulan begitulah dengan akhir bulan.

Justeru itu, Rasulullah mengesyorkan kepada yang ingin berbekam agar memilih hari dan masa tertentu sebab rawatan bekam yang menepati masa yang sesuai dengan psikologi tubuh akan memberi lebih impak kesihatan kepada badan.


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin berbekam hendaklah mencari hari yang ke 17 atau 19 atau 21'.


Riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
"Sesiapa berbekam pada hari ke 17 atau 19 atau 21 merupakan penyembuh segala penyakit".

Selain daripada tarikh-tarikh di atas, Rasulullah juga menggalakkan untuk melakukan rawatan bekam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis kerana hari-hari ini adalah hari yang terbaik untuk bersuci.

Walau bagaimanapun, jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan rawatan perlu dilakukan dengan segera, tidak menjadi masalah untuk meneruskan rawatan pada hari dan tarikh apa pun. Sesungguhnya yang Maha Pemberi Kesembuhan hanya Allah.

No comments:

Post a Comment

TARIKH DAN MASA YANG SESUAI BERBEKAM

Peredaran alam cekerawala, perjalanan matahari dan bulan serta pusingan bumi mempunyai hubungan rapat dengan manusia. Psikologi manusia beub...