Bekam merupakan satu amalan yang berkaitan dengan KESIHATAN BADAN. Islam menuntut dari semua penganutnya agar menjaga kesihatan badan. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri menggesa umatnya agar mendapat rawatan bekam ini.
Diriwayatkan daripada Salma hamba Rasulullah SAW, beliau berkata:
"Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam".
Bukan sahaja Rasulullah beri galakan untuk berbekam, malah para malaikat pun pernah menggalakkan Rasulullah untuk berbekam.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Pada malam aku diisra'kan, aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata pada aku: "wahai Muhammad hendaklah kamu berbekam".
Jelas dalam hadis ini tentang kepentingan berbekam dalam perietiwa yang sangat penting. Dalam satu riwayat yang lain pula, para malaikat menyuruh Rasulullah SAW memerintahkan umatnya berbekam kerana sebaik-baik rawatan itu adalah berbekam.
Ibnu Jarir (310 H) menjelaskan:
"Sesungguhnya suruhan atau perintah melakukan bekam dari Nabi Muhammad SAW bukanlah satu perintah yang wajib, bahkan ia adalah satu galakkan sunnah iaitu melakukannya mendapat pahala kerana mengikut sunnah, meninggalkannya tidaklah berdosa".
Sumber: Buku Sains Bekam (Prod Dr. AB Aziz Al-Safi Ismail. Dr. Mujahid Bakar. Dr. Suhaily Mohd Hairon)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TARIKH DAN MASA YANG SESUAI BERBEKAM
Peredaran alam cekerawala, perjalanan matahari dan bulan serta pusingan bumi mempunyai hubungan rapat dengan manusia. Psikologi manusia beub...
-
Peredaran alam cekerawala, perjalanan matahari dan bulan serta pusingan bumi mempunyai hubungan rapat dengan manusia. Psikologi manusia beub...
-
Bekam (CUPPING) bermaksud mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara melukakan sedikit pada kepala atau belakang bada...
-
Sebenarnya teknik berbekam ini sudah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi. Zaman Mesir Purba (Dinasti Firaun) Dr. Muhammad Nazar menyeb...
No comments:
Post a Comment