Peredaran alam cekerawala, perjalanan matahari dan bulan serta pusingan bumi mempunyai hubungan rapat dengan manusia. Psikologi manusia beubah-ubah dari awal bulan, pertengahan bulan begitulah dengan akhir bulan.
Justeru itu, Rasulullah mengesyorkan kepada yang ingin berbekam agar memilih hari dan masa tertentu sebab rawatan bekam yang menepati masa yang sesuai dengan psikologi tubuh akan memberi lebih impak kesihatan kepada badan.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin berbekam hendaklah mencari hari yang ke 17 atau 19 atau 21'.
Riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
"Sesiapa berbekam pada hari ke 17 atau 19 atau 21 merupakan penyembuh segala penyakit".
Selain daripada tarikh-tarikh di atas, Rasulullah juga menggalakkan untuk melakukan rawatan bekam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis kerana hari-hari ini adalah hari yang terbaik untuk bersuci.
Walau bagaimanapun, jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan rawatan perlu dilakukan dengan segera, tidak menjadi masalah untuk meneruskan rawatan pada hari dan tarikh apa pun. Sesungguhnya yang Maha Pemberi Kesembuhan hanya Allah.
Wednesday, 13 December 2017
PENSYARIATAN BEKAM
Bekam merupakan satu amalan yang berkaitan dengan KESIHATAN BADAN. Islam menuntut dari semua penganutnya agar menjaga kesihatan badan. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri menggesa umatnya agar mendapat rawatan bekam ini.
Diriwayatkan daripada Salma hamba Rasulullah SAW, beliau berkata:
"Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam".
Bukan sahaja Rasulullah beri galakan untuk berbekam, malah para malaikat pun pernah menggalakkan Rasulullah untuk berbekam.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Pada malam aku diisra'kan, aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata pada aku: "wahai Muhammad hendaklah kamu berbekam".
Jelas dalam hadis ini tentang kepentingan berbekam dalam perietiwa yang sangat penting. Dalam satu riwayat yang lain pula, para malaikat menyuruh Rasulullah SAW memerintahkan umatnya berbekam kerana sebaik-baik rawatan itu adalah berbekam.
Ibnu Jarir (310 H) menjelaskan:
"Sesungguhnya suruhan atau perintah melakukan bekam dari Nabi Muhammad SAW bukanlah satu perintah yang wajib, bahkan ia adalah satu galakkan sunnah iaitu melakukannya mendapat pahala kerana mengikut sunnah, meninggalkannya tidaklah berdosa".
Sumber: Buku Sains Bekam (Prod Dr. AB Aziz Al-Safi Ismail. Dr. Mujahid Bakar. Dr. Suhaily Mohd Hairon)

SEJARAH KEWUJUDAN BEKAM
Sebenarnya teknik berbekam ini sudah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi.
Zaman Mesir Purba (Dinasti Firaun)
Dr. Muhammad Nazar menyebut bahawa bekam meupakan teknik rawatan yang telah digunakan oleh kebanyakan bangsa-bangsa di dunia sejak zaman purba lagi seperti bangsa Cina, Babylon, Yunani dan bangsa Mesir. Penemuan beberapa artifak penting yang berusia hampir 1500 tahun sebelum Masihi antaranya ialah lukisan tentang alat-alat yang digunakan untuk berbekam yang digunakan oleh penduduk Mesir purba telah menunjukkan bahawa teknik rawatan bekam ini sudah begitu popular dalam kalangan masyarakat zaman dahulu kala. Buktinya disini, mereka ialah bangsa terawal yang mengetahui tentang kelebihan rawatan bekam untuk menyembuhkan penyakit sehinggakan mereka mengukir alat bekam di dinding-dinding kubur sebagaimana di kubur Firaun Tutkhanum.
Hippocrates menjelaskan bahawa bangsa Mesir Purba telah membahagikan perubatan kepada 2 bahagian iaitu,
1. perubatan puasa (menahan dari makan dan minum)
2. perubatan pengeluaran (mengeluarkan bahan-bahan racun dari badan) = BEKAM
Tulisan Hippocrates merupakan bukti awal tentang penggunaan bekam bahkan beliau dan para pengikutnya telah menggunakan bekam untuk merawat penyakit yang berkaitan haid yang tidak teratur.
Bekam merupakan bentuk rawatan yang amat berkesan dari dahulu sehingga sekarang. Terdapat banyak buku yang menceritakan tentang sejarah bekam sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Di China
Dr. Aiman Al-Husaini menyatakan bahawa pakar herba Cina yang bernama Jie Hong (341-281 M) merupakan orang yang pertama memperkenalkan bekam, beliau memulakan proses bekam dengan menyedut darah melalui tempat yang dilukakan dengan menggunakan bekas yang dibuat daripada tanduk binatang seperti lembu dan kerbau. Bangsa Cina menamakan bekam dengan jiaofa yang membawa maksud cara tanduk kerana penggunaan tanduk dalam proses rawatan tersebut.
Kerajaan Islam di Andalusia
Teknik rawatan bekam di bawa masuk ke Eropah yang pada ketika itu berada di Zaman Gelap melalui Andalusia. Kerajaan Islam di Andalusia telah mencapai tahap kegemilangan dari segi ilmu pengetahuan terutama di dalam bidang perubatan. Ketika itu, pakar-pakar perubatan Muslim dan buku-buku mereka menjadi sumber rujukan utama dalam ilmu perubatan. Teknik bekam berkembang pesat dan kembali mendapat tempat di Eropah dan Amerika, pada sekitar awal tahun 60an penggunaan teknik bekam dipinggirkan kerana perkembangan yang pesat dalam ilmu perubatan moden. Namun begitu, tenik bekam sekali lagi mengambil tempat yang penting dalam rawatan perubatan sehingga banyak seminar dan kelas diadakan di fakulti-fakulti perubatan alternatif di Amerika, Eropah, China dan negara-negara asia lain.
Zaman Nabi Muhammad SAW
Dr. Aiman Al-Husaini menjelaskan bahawa penggunaan bekam telah berkembang pesat dalam kalangan bangsa Arab dan orang Muslim. Sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul adalah dipercayai teknik bekam agak tenggelam. Seorang sahabat yang bernama Samurah bn Jundub menceritakan bahawa pada suatu hari beliau bersama dengan Rasulullah SAW, baginda telah memanggil seorang tukang bekam dan baginda berbekam menggunakan alat bekam yang dibuat daripada tanduk. Tiba-tiba masuk seorang Arab Badwi mahu bertemu dengan Rasulullah SAW, badwi itu terkejut dan bertanya apakah bekam itu? Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa bekam adalah sebaik-baik rawatan kepada manusia.
Bekam mendapat tempat dalam kalangan masyarakat selepas Nabi Muhammad SAW dilantik mejadi Rasul, sehingga diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mempunyai 3 orang tukang bekam.
Dr. Muhammad Amin menjelaskan bahawa zaman dahulu alat yang digunakan untuk berbekam dibuat daripada tanduk haiwan ataupun daripada batang pokok seperti pokok buluh dalam kalangan bangsa Cina. Alatan tersebut tel berkembang dan telah menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca untuk memudahkan proses pembersihan dan pensterilan serta bekas tersebut mestilah lut sinar bagi memudahkan tukang bekam melihat darah yang dikelaurkan daripada bahan pesakit.
Sumber: Buku Sains Bekam (Prof. Dr AB Aziz Al-Safi Ismail. Dr.Mujahid Bakar. Dr. Suhaily Mohd Hairon)

APA ITU TERAPI BEKAM?
Bekam (CUPPING) bermaksud mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara melukakan sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelangkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.
Bekam dalam bahasa Arab ialah Al-Hijamah, ia diistilahkan sebagai proses untuk mengeluarkan darah dengan menggunakan alatan bekam.
Ibnu Al-Qayyim menyebut dalam buku beliau bekam ialah MENGELUARKAN DARAH DARI KULIT.
Sumber: Buku Sains Bekam (Prof. Dr. AB Aziz Al-Safi Ismail. Dr. Mujahid Bakar. Dr. Suhaily Mohd Hairon)
Subscribe to:
Posts (Atom)
TARIKH DAN MASA YANG SESUAI BERBEKAM
Peredaran alam cekerawala, perjalanan matahari dan bulan serta pusingan bumi mempunyai hubungan rapat dengan manusia. Psikologi manusia beub...
-

Bekam (CUPPING) bermaksud mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara melukakan sedikit pada kepala atau belakang bada...
-
Sebenarnya teknik berbekam ini sudah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi. Zaman Mesir Purba (Dinasti Firaun) Dr. Muhammad Nazar menyeb...